Monday, January 3, 2011

semua dah jd racun......

 

[Kosmo] KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.

"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.

"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.

Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.

Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.

"Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.

"Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan," katanya.

P/s: Apa tindakan kerajaan terhadap pengilang? Sekadar denda beberapa ribu RM? Sedangkan tindakan lahanat mereka mungkin telah mengakibatkan banyak nyawa yang terancam kerana menghidap pelbagai kanser.

Sebelum ini, kerajaan melalui agensi penguatkuasanya mendedahkan tindakan pengeluar mi kuning yang menggunakan asid borik secara berlebihan agar mi yang dikeluarkan lebih tahan lama, namun apa tindakan yang diambil kepada pengilang? Nama syarikat dirahsiakan, mereka masih lagi beroperasi, dan hanya dikenakan denda yang tidak setimpal dengan sikap lahanat mereka.

Sebenarnya, dalam banyak hal, pengeluar, peniaga lebih dilindungi dalam banyak hal berbanding dengan nasib pengguna!

No comments:

Post a Comment